Minggu, 05 Agustus 2012

Islam adalah Cahaya


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Seseorang telah menghantar email kepada saya dan saya dapati ia adalah cerita yang menyentuh hati. Ia adalah kisah tentang seorang lelaki bernama Muhammad Abdullah atau Smith yang telah menerima Hidayah, Smith yang awalnya beragama Kristian telah memeluk Islam. Cerita ini disampaikan oleh Mohamad A Joban , Imam di Masjid Ar-Rahmah di Washington, USA.

Smith berasal dari Chicago, dan berpindah ke Olympia lebih kurang 17 tahun yang lalu. Dia selalu memakai kopiah putih sejak menjadi seorang Muslim.

Pada tahun 1996 , ibunya telah jatuh sakit di Chicago. Ketika dia tiba di rumah ibunya, ia membuka pintu dan ibunya berkata, “Adakah kamu Smith?” Dia berkata, “Ibu, Tidak, Nama saya sekarang adalah Muhammad Abdullah.” “Muhammad Abdullah..?Adakah kamu telah memeluk Islam?” Tanya Ibunya.

Dia menjawab, “Ya bu”.

Ibunya menjadi sangat marah, dan menanyakan mengapa ia mengikuti agama pengganas, kekerasan, dll Ibunya turut mengatakan macam-macam tentang betapa buruknya agama Islam. Muhammad Abdullah memahami bahawa ibunya telah dicuci otak oleh media, akibat dari propaganda media ibunya telah membenci Islam dan memandang serong terhadap umat Islam.

Selama dua minggu dia tinggal bersama ibunya, dia tidak pernah berbicara tentang Islam. Dia hanya menunjukkan dia Islam melalui tindakannya. Dia memasak, membersihkan rumah, membawa obat-obatan, dan menemani ibunya sebelum dia pergi tidur. Ringkas cerita, dia memberikan layanan yang baik dan mengambil berat, dengan kebaikan. Ketika tiba waktunya untuk berdoa, dia meminta izin dan berdoa di sisi ibunya.

“Smith, datang ke sini,” kata ibunya selepas dua minggu. “Tahukah kamu nak bahwa ketika kamu masih kecil, ayahmu sering membawa kamu ke gereja? Tetapi gereja tidak pernah berubah gaya hidup kamu, bila kamu menjadi seorang remaja kamu gunakan untuk pulang ke rumah mabuk-mabuk , dan memanggil nama ibu dengan panggilan yang tidak sopan, seolah-olah ibu tiada berharga di mata kau, tapi sekarang kamu benar-benar berubah, kamu terbang dari Olympia datang ke sini, melintasi ribuan kilometer, sementara kakak kamu dan abang kamu, yang tinggal di kota ini, hanya menghantar bunga padaku dan memanggil ibu melalui telefon, selain itu, kamu selalu membuat ibu senang selama dua minggu ini. ”

Muhammad Abdullah menjawab “Bu, ini adalah Islam. Adakah ibu tahu bahawa setelah Allah SWT meminta saya untuk menyembah Dia, Dia SWT akan meminta saya untuk bersikap baik kepada ibu.? Dan Nabi Muhammad saw Saw mengatakan bahawa jika saya menyenangkan Allah, dan saya tidak menyenangkan ibu, saya tidak akan bisa masuk syurga. Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa syurga berada di bawah kaki ibumu.”

Lalu ibunya berkata, “Smith! Apa yang harus ibu lakukan nak, jika ibu ingin menjadi seperti kamu.?”

“Adakah ibu yakin bu.? Bukankah ibu yang bilang sebelum ini bahawa Islam ini adalah agama pengganas?” Tanya Smith.

Jawab ibunya, “Ya, ibu yakin, kerana islam itu telah mengubah hidup kamu, Islam itu mengubah keperibadian kamu dan perilaku kamu”

Ibunya meninggal 3 tahun selepas peristiwa itu dan Muhammad Abdullah Smith juga telah meninggal dunia pada 12 Mac 2008 . Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun

Ibunya menjadi seorang muslimah kerana perbuatan baik dan perilaku anaknya. Semoga Allah menempatkan mereka bersama-sama sekarang di tempat yang indah, amin.

Kita renungkan seketika, kita tanya diri kita, adakah selama ini kita pernah menyakiti hati ibu kita..? Adakah kita pernah mengecewakan ibu kita.? Adakah kita pernah membuat ibu kita menangis karena kata-kata kesat yang terkeluar dari mulut kita..? Subhanallah.. Jika pernah segeralah miminta maaf dan ampun kepadanya dan juga kepada ayah, tanpa mereka siapalah kita.? Sehebat apapun kita jika kedua orang tua kita murka kepada kita jangan berharap kita sampai ke pintu Syurga, ambillah hikmah dari kisah di atas Muallaf itu kembali kepangkuan ibunya, semata-mata untuk membahagiakan ibunya, malah ibu yang di cintai juga akhirnya mengikuti jejaknya dan memeluk agama yang benar ini 'Islam'